FAVOURITEplace2be
Whatever I read I LOVE to share it.
Ahad, 16 November 2014
Khidmat Perakaunan untuk Perniagaan anda
Do pm me utk khidmat akaun;)
0126532176 atau email ke erny.mariana@yahoo.com
Membantu menyediakan Laporan Kewangan. Untuk tujuan pihak luar seperti bank, pembekal, pelabur untuk menilai keupayaan syarikat.
Laporan kewangan adalah WAJIB untuk tujuan penaksiran cukai, membuat pinjaman, membayar zakat dan sebagainya.
Dan tak lama lagi GST 1st April 2015...
Jom pm saya;) Boleh sembang2 I'm free to answer you
Ahad, 14 September 2014
Farm in the CITY
Finally sampai juga, anak yg second request nak tengok sangat rabbit tu yang membawa kami reach the destination call Farm in the city. Dekat je tak sampai setengah jam sampai dah. Ops lupa mana tak dekat duduk Shah Alam. Kebetulan ada kenduri saudara sebelah ayah, makan dah kenyang then terus je shoot ke FITC. Tak tunggu dah hehe...
Dalam pukul 2 bergerak sampai dalam pukul 3 gitu sebab stop petrol pump jap sebab yg Sulong nak terkencing.....Before ni pun dah ada baca review from others blogger tentang toilet, so sebelum sampai beli air mineral sebotol.Air milo 3 kotak so sorang satu(Hero ada 3orang). Ibu poweroot kacip fatimah coffee hahaha...Hubby pon nak power root gak! Preparation pada yg dahaga~
Alhamdulillah dalam pukul 3 sampai, berpandukan waze agak mudahla.Sampai2 tak ramai pun yg queue utk beli ticket. So terus je ke kaunter & dapat kan ticket. Untuk kanak2 yg below 90cm FREE of charge... Kami beli je Family Package rm109, 2-dewasa 2-kanak2 FREE horse riding utk 2org kanak2. Then FITC bg juga FREE 4air kotak. Bermula la pengembaraan kami....
Ahad, 30 Mac 2014
Siri 25 Rasul: Ana Muslim


2. Ilustrasi gambar yang menarik.
3. Kualiti pada material kertas.
Hope input ini dapat memberi manfaat. Thanks for those yg sudi bertandang ke blog MrsREAD.
Ahad, 19 Januari 2014
Puding Roti Bakar with Love
Senarai bahan yang dibeli:
Kismis
Serbuk kayu manis (cinnamon)
Roti Gardenia
Marjerin / Planta
Bekas Aluminium
Telur 2biji
Fresh milk dutch lady
All costs tak lebih dari rm50. Gula tak beli sebab memang dah dekat rumah. Selamat mencuba! Inilah hasil 45minit.
Jumaat, 17 Januari 2014
NASI LEMAK & SAMBAL SOTONG of course sedap di hari cuti THAIPUSAM
Pagi-pagi En. Hubby dah tanye bahan-bahan untuk MrsREAD masak Nasi Lemak sebab En.Hubby nak bergegas ke pasar pagi untuk beli bahan-bahan yang diperlukan untuk Nasi Lemak. Dari semalam dah request esok buat Nasi Lemak with the sambal sotong. He really loves sotong.
So without membuang masa MrsREAD dan En.Hubby sibuk listing bahan-bahan:
Untuk NASI LEMAK:
Beras (Ikut sukatan yang nak dimasak; rumah MrsREAD dalam 2cup cukup)
Halia
Daun Pandan
Santan (For those yang pakai santan kotak mungkin boleh try KARA sebab sometimes MrsRead pakai juga, NO CHOLESTEROL ok)
Untuk Pelangkap Nasi Lemak:
Like usual mesti ada
Kacang
Ikan Bilis
Timun
Kangkung (direbus as an option, untuk yang nak cuba kelainan)
Untuk Sambal Sotong:Please ready sotong, bawang besar, bawang merah, bawang putih, serai, halia, cili kisar (MrsREAD pakai cili kisar Puteri), asam keping, serbuk kunyit, garam & gula secukup rasa. How to handle sotong sebab sotong ni bila dimasak agak berair so sedikit sebanyak akan mempengaruhi rasa sambal sotong.
Ok here MrsREAD will share the tips, sotong yang telah dipotong cincin tadi digaul dengan sedikit garam & serbuk kunyit. Then masuk dlm kuali & digoreng sekejap dengan sedikit minyak. Agak-agak air yang keluar dari sotong tadi dah kering so keluar & ketepikan.
Next we start the sambal, seperti biasa untuk permulaan masakan adalah tumis. Tumiskan bawang besar + bawang merah + bawang putih + halia + serai yang telah dikisar.Bila dah naik bau continue masuk cili kisar. Masak cili kisar tadi sehingga terbit minyak. Masuk asam keping & sesuaikan rasa dengan 2sudu gula. Then garam. Last sekali our hero, masuk sotong yang dah dimasak sekejap tadi. Another tips, jangan masak sotong terlalu lama nanti liat.
Sekian, enjoy the recipe. Bismillah~
Sabtu, 7 Disember 2013
Teknik belajar dalam Islam
Perintah Allah SWT yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW adalah membaca. (Surah al-Alaq [96]:1-6).
Dalam Islam, belajar adalah ibadah. "Menuntut ilmu itu (belajar) wajib bagi Muslim dan Muslimah." (HR Muslim).
1.Alquran mula-mula mengaitkan perintah membaca dengan Bismi Rabbik (atas nama Tuhanmu)
Amalan memulakan 'Bismillah' iaitu dengan nama Allah mengharuskan pelajar untuk meneguhkan niat yang ikhlas kerana semata-mata mengharap redha Allah SWT, agar ilmu yang diperoleh membuahkan keberkahan dan memberi manfaat bagi orang lain.
Imam Syafi’i (150- 204 H) pernah bertanya kepada gurunya, Waqi’ mengenai hafalannya yang buruk. Tuan Guru Waqi'menasihati Imam Syafi'i agar meninggalkan maksiat. Kata Tuan Guru Waqi' ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah itu tidak akan diberikan kepada orang yang berbuat maksiat. Dengan demikian, 2. belajar harus jauh dari perbuatan maksiat agar apa yang dipelajari menjadi “cahaya” yang dapat menerangi jalan hidup si pembelajar.
Selain bismi rabbik dan menjauhi maksiat, 3. pelajar juga harus senantiasa berperilaku yang baik (husnul adab), rajin, tekun, rendah hati, dan selalu mengamalkan ilmunya. “Ilmu yang tidak diamalkan itu bagaikan pohon yang tidak berbuah.”
4. Imam Syafi’i juga menegaskan bahwa ilmu itu bukan yang dihafal dalam fikiran, tetapi yang bermanfaat dalam perbuatan. Sabda Nabi SAW, “Siapa yang bertambah ilmunya, tetapi tidak bertambah petunjuknya (amalnya tidak semakin baik), maka ia hanya akan semakin jauh dari Allah.” (HR ad-Darimi).
Belajar menuntut optimalisasi kecerdasan, kesungguhan, ketekunan, dan kesabaran kerana belajar itu bukan merupakan proses yang instant, tetapi memerlukan kerja ikhlas, keras, dan cerdas.
5. Imam Syafi’i, pernah bersyair, “Engkau tidak akan memperoleh ilmu kecuali terpenuhinya enam hal, iaitu: kecerdasan, antusiasme (kesungguhan), kesabaran, bekal yang cukup, bimbingan guru, dan waktu yang lama.”
Jadi, belajar itu bukan sekadar datang ke sekolah atau kampus untuk mendengar dan mencatat apa yang disampaikan guru, melainkan juga berusaha mengembangkan pemikiran, pengetahuan, keperibadian, moral dan profesional
Kerana belajar itu ibadah, maka menurut Imam Ja’far as-Shadiq, 6. belajar itu harus dimulai dengan thaharah (pembersihan diri) dan berwudhu agar terhindar dari godaan syaitan Adab lainnya adalah menghormati guru dan ulama. Seorang pelajar juga dianjurkan untuk berlapang dada (toleran) dalam menghadapi perbezaan pendapat dan pemikiran. Wallahu a’lam.
Moga entry ini memberi manfaat pada yang masih dalam proses pembelajaran/mahasiswa di luar sana. InsyaAllah MrsREAD akan menduduki exam pada tahun hadapan Jun2014. Pada awal 30an MrsREAD telah membuat keputusan utk sambung belajar ke peringkat yg lebih tinggi.
Sabtu, 19 Oktober 2013
TIDUR adalah antara rahmat Allah SWT.Solat Tahajjud & tidur.
Berdasar fitrah kejadian manusia, malam adalah waktu terbaik untuk tidur.Menurut pendapat ulama & pakar perubatan, waktu tidur yang baik iaitu pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira pukul 10.00 malam.
Waktu yang tidak seharusnya tidur iaitu;
1.selepas Subuh hingga terbit fajar,
2.selepas Asar (sebelum terbenam matahari) &
3.dari Maghrib ke Isyak
Tidur pada ketika ini tidak akan memberi manfaat kepada tubuh badan & makruh hukumnya.
Tidur mempengaruhi metabolisma & merangsang daya penyerapan. Jadi banyak sangat tidur adalah tidak menjadikan tubuh badan kita sihat.Pada ketika kita tidur, tubuh akan menyerap wap-wap kotor di udara.MrsREAD selalu merasakan badan lemah bila dah terlebih-lebih sangat tidur.
Pasti ada yang tidak menyangka banyak nya tidur boleh mematikan hati. Tidur yang banyak juga membantu memberatkan badan,pembaziran masa,menjadi malas & lalai.
Kebiasaan Rasulullah SAW tidur adalah contoh yang terbaik & perlu dicontohi,baginda masuk tidur tidak terlalu lewat & bangun lewat tengah malam untuk Solat Sunat Tahajjud & menunggu hingga sampai waktu Solat Subuh.
Tidur & Solat Tahajjud sinonim. Mengapa?
Hasil pembacaan MrsREAD menjelaskan Solat Tahajjud adalah ibadah yang dilakukan lewat tengah malam. Pendapat ulama mengatakan Solat Tahajjud boleh menjauhkan seseorang dari penyakit buah pinggang. Orang yang banyak tidur & bangun lewat daripada tidur malam menyumbang kepada penyakit buah pinggang. Let's MRSRead bawa viewer untuk jelajah sains berkenaan dengan buah pinggang. Secara biologi, buah pinggang berfungsi mengekalkan imbangan cecair badan dengan menapis & bertindak menyingkir galian dari darah bersama air yg kita kenali air kencing.Secara ringkas, apabila banyaknya tidur maka proses semulajadi badan sedikit sebanyak akan dipengaruhi/terganggu.Ini kerana sewaktu tidur kekerapan untuk menjalankan proses perkumuhan / mengeluarkan cecair badan yang tidak diperlukan akan tergendala (urea/air kencing). Melainkan anda tidur & terkencing.
Selain waktu tidur yang tepat, posisi tidur memainkan peranan dalam kesihatan manusia. Posisi tidur yang betul iaitu dengan mengiring/menghadap kanan.
Antara hadis berkaitan tidur:
"Sesungguhnya Nabi SAW membenci untuk tidur sebelum Isyak. Dari Abu Barzah.
Sebelum mendatangi tempat tidur, Nabi SAW menyukai tidur dalam keadaan berwuduk seperti wuduk ketika solat.
Nabi SAW kepada al-Barra "Mulakan tidur kamu di atas rusuk kanan.
Jangan tidur dalam keadaan meniarap, sabda Nabi SAW "Sesungguhnya cara tidur meniarap adalah tidur ahli neraka.
Amalkan bacaan doa tidur sebelum & sesudah bangun dari tidur.
SubhanAllah Islam adalah agama yang lengkap. Alhamdulillah....Moga semua yang membaca diberi petunjuk & hidayah mu ya Allah.
Sumber: Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM)
Wikipedia