Sabtu, 7 Disember 2013

Teknik belajar dalam Islam

Perintah Allah SWT yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW adalah membaca. (Surah al-Alaq [96]:1-6).

Dalam Islam, belajar adalah ibadah. "Menuntut ilmu itu (belajar) wajib bagi Muslim dan Muslimah." (HR Muslim).

1.Alquran mula-mula mengaitkan perintah membaca dengan Bismi Rabbik (atas nama Tuhanmu)
Amalan memulakan 'Bismillah' iaitu dengan nama Allah mengharuskan pelajar untuk meneguhkan niat yang ikhlas kerana semata-mata mengharap redha Allah SWT, agar ilmu yang diperoleh membuahkan keberkahan dan memberi manfaat bagi orang lain.

Imam Syafi’i (150- 204 H) pernah bertanya kepada gurunya, Waqi’ mengenai hafalannya yang buruk. Tuan Guru Waqi'menasihati Imam Syafi'i agar meninggalkan maksiat. Kata Tuan Guru Waqi' ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah itu tidak akan diberikan kepada orang yang berbuat maksiat. Dengan demikian, 2. belajar harus jauh dari perbuatan maksiat agar apa yang dipelajari menjadi “cahaya” yang dapat menerangi jalan hidup si pembelajar.

Selain bismi rabbik dan menjauhi maksiat, 3. pelajar juga harus senantiasa berperilaku yang baik (husnul adab), rajin, tekun, rendah hati, dan selalu mengamalkan ilmunya. “Ilmu yang tidak diamalkan itu bagaikan pohon yang tidak berbuah.”

4. Imam Syafi’i juga menegaskan bahwa ilmu itu bukan yang dihafal dalam fikiran, tetapi yang bermanfaat dalam perbuatan. Sabda Nabi SAW, “Siapa yang bertambah ilmunya, tetapi tidak bertambah petunjuknya (amalnya tidak semakin baik), maka ia hanya akan semakin jauh dari Allah.” (HR ad-Darimi).

Belajar menuntut optimalisasi kecerdasan, kesungguhan, ketekunan, dan kesabaran kerana belajar itu bukan merupakan proses yang instant, tetapi memerlukan kerja ikhlas, keras, dan cerdas.

5. Imam Syafi’i, pernah bersyair, “Engkau tidak akan memperoleh ilmu kecuali terpenuhinya enam hal, iaitu: kecerdasan, antusiasme (kesungguhan), kesabaran, bekal yang cukup, bimbingan guru, dan waktu yang lama.”

Jadi, belajar itu bukan sekadar datang ke sekolah atau kampus untuk mendengar dan mencatat apa yang disampaikan guru, melainkan juga berusaha mengembangkan pemikiran, pengetahuan, keperibadian, moral dan profesional

Kerana belajar itu ibadah, maka menurut Imam Ja’far as-Shadiq, 6. belajar itu harus dimulai dengan thaharah (pembersihan diri) dan berwudhu agar terhindar dari godaan syaitan Adab lainnya adalah menghormati guru dan ulama. Seorang pelajar juga dianjurkan untuk berlapang dada (toleran) dalam menghadapi perbezaan pendapat dan pemikiran. Wallahu a’lam.

Moga entry ini memberi manfaat pada yang masih dalam proses pembelajaran/mahasiswa di luar sana. InsyaAllah MrsREAD akan menduduki exam pada tahun hadapan Jun2014.  Pada awal 30an MrsREAD telah membuat keputusan utk sambung belajar ke peringkat yg lebih tinggi.

Sabtu, 19 Oktober 2013

TIDUR adalah antara rahmat Allah SWT.Solat Tahajjud & tidur.

Allah SWT melalui (Surah al:Qasas:73) "Daripada rahmatNya (Allah) menjadikan bagi kamu malam dan siang, untuk kamu berehat dan mencari rezeki, mudah-mudahan kamu bersyukur."

Berdasar fitrah kejadian  manusia, malam adalah waktu terbaik untuk tidur.Menurut pendapat ulama & pakar perubatan, waktu tidur yang baik iaitu pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira pukul 10.00 malam.

Waktu yang tidak seharusnya tidur iaitu;
1.selepas Subuh hingga terbit fajar,
2.selepas Asar (sebelum terbenam matahari) &
3.dari Maghrib ke Isyak
Tidur pada ketika ini tidak akan memberi manfaat kepada tubuh badan & makruh hukumnya.

Tidur mempengaruhi metabolisma & merangsang daya penyerapan. Jadi banyak sangat tidur adalah tidak menjadikan tubuh badan kita sihat.Pada ketika kita tidur, tubuh akan menyerap wap-wap kotor di udara.MrsREAD selalu merasakan badan lemah bila dah terlebih-lebih sangat tidur.

Pasti ada yang tidak menyangka banyak nya tidur boleh mematikan hati. Tidur yang banyak juga membantu memberatkan badan,pembaziran masa,menjadi malas & lalai.

Kebiasaan Rasulullah SAW tidur adalah contoh yang terbaik & perlu dicontohi,baginda masuk tidur tidak terlalu lewat & bangun lewat tengah malam untuk Solat Sunat Tahajjud & menunggu hingga sampai waktu Solat Subuh.

Tidur & Solat Tahajjud sinonim. Mengapa?
Hasil pembacaan MrsREAD menjelaskan Solat Tahajjud adalah ibadah yang dilakukan lewat tengah malam. Pendapat ulama mengatakan Solat Tahajjud boleh menjauhkan seseorang dari penyakit buah pinggang. Orang yang banyak tidur & bangun lewat daripada tidur malam menyumbang kepada penyakit buah pinggang. Let's MRSRead bawa viewer untuk jelajah sains berkenaan dengan buah pinggang. Secara biologi, buah pinggang berfungsi mengekalkan imbangan cecair badan dengan menapis & bertindak menyingkir galian dari darah bersama air yg kita kenali air kencing.Secara ringkas, apabila banyaknya tidur maka proses semulajadi badan sedikit sebanyak akan dipengaruhi/terganggu.Ini kerana sewaktu tidur kekerapan untuk menjalankan proses perkumuhan / mengeluarkan cecair badan yang tidak diperlukan akan tergendala (urea/air kencing). Melainkan anda tidur & terkencing.

Selain waktu tidur yang tepat, posisi tidur memainkan peranan dalam kesihatan manusia. Posisi tidur yang betul iaitu dengan mengiring/menghadap kanan.

Antara hadis berkaitan tidur:
"Sesungguhnya Nabi SAW membenci untuk tidur sebelum Isyak. Dari Abu Barzah.

Sebelum mendatangi tempat tidur, Nabi SAW menyukai tidur dalam keadaan berwuduk seperti wuduk ketika solat.

Nabi SAW kepada al-Barra "Mulakan tidur kamu di atas rusuk kanan.

Jangan tidur dalam keadaan meniarap, sabda Nabi SAW "Sesungguhnya cara tidur meniarap adalah tidur ahli neraka.

Amalkan bacaan doa tidur sebelum & sesudah bangun dari tidur.

SubhanAllah Islam adalah agama yang lengkap. Alhamdulillah....Moga semua yang membaca diberi petunjuk & hidayah mu ya Allah.

Sumber: Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM)
Wikipedia






Jumaat, 20 September 2013

‘TEGAR’ YANG DULU NYA HANYA PENYANYI JALANAN

Mungkin tak semua kita di Malaysia kenal dengan penyanyi cilik Indonesia iaitu Tegar, lagu nya yang diangkat melalui saluran YouTube sekaligus membolehkan Tegar yang dulunya hanya pengemis jalan kini merupakan penyanyi terkenal.

Pengalaman MrsREAD sewaktu mula-mula lagu Tegar dimainkan di radio-radio Malaysia, first of all lirik lagu Tegar memang mengambarkan kepayahan & kesusahan. Terbit rasa bersyukur kepada Allah kerana dilahirkan dalam keluarga yang masih dapat memberi makan & minum walaupun MrsREAD akui tidak juga terlalu mewah.

Apa yang menarik mengenai Tegar, Alhamdulillah Tegar adalah Islam. Antara lirik lagunya:

Cita citaku menjadi orang kaya 
Dulu ku susah sekarang Alhamdulillah 
Bersyukurlah pada Yang Maha Kuasa 
Memberi jalan untuk ku semuanya.

Melalui lirik lagu ini, diharap Tegar akan sentiasa bersyukur dengan apa yang diperoleh & dirasai nya kini. Insya Allah. Sesungguhnya rezeki itu letaknya dalam kekuasaan Allah SWT.

Firman Allah (Surah Saba’: 24) Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah”, dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata. 

Firman Allah (Surah Al-Ankabut: 60) Dan berapa banyak binatang yang tidak (dapat) membawa (mengurus) rezekinya sendiri. Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu dan Dia Maha mendengar lagi Maha mengetahui. 

Sekiranya kita masih belum menemui rezeki yang diinginkan jangan pula kita sesekali menyalahkan takdir, di antara nya ada hikmah yang kita sendiri tidak ketahui. Bersyukur dengan apa yang adalah yang sebaiknya.

Here I’m sending my LOVE to all Muslim over the world.

Belanja dengan sederhana tetapi tidak dilabel kedekut

Berbelanja dengan sederhana? Nampak mudah atau sebenarnya sangat susah? Hmmmm…..
Berbelanja sederhana atau pendekatan yang lebih dekat adalah berjimat cermat.
Adakah pendekatan berjimat cermat hanya bagi yang kurang berkemampuan dari segi jumlah pendapatan individu atau seisi keluarga (yakni suami + isteri)? Atau dengan lebih dekat adakah amalan berjimat cermat hanya terpakai pada yang miskin?
Adakah apabila sudah mengalami masalah kesempitan baru kita hendak belajar cara hendak berjimat cermat? MrsREAD percaya amalan berjimat cermat jika dilakukan dengan berterusan (konsisten) insya Allah membuahkan hasil yang bermanfaat pada si penjimat. Walaupun perbelanjaan seisi keluarga sebenarnya bukan sedikit; ansuran kereta, rumah, bayaran pengasuh, susu anak-anak, makanan & ini tidak termasuk lagi perbelanjaan lain seperti minyak kereta, tol dan sebagainya yang sudah menjadi perbelanjaan tetap bagi kebanyakan individu/seisi keluarga.

MrsREAD merasakan berjimat cermat mungkin memerlukan kita membuat perbandingan antara 'perlu' dengan 'hendak'. Apabila kita dapat mengenal antara 'perlu' dan 'hendak' secara automatik ciri-ciri berjimat cermat dapat kita amalkan.Percaya tak? MrsREAD pun masih dalam proses mengenal antara 'perlu' dan 'hendak'.

Namun apabila kita berjaya menjadi seorang yang berjimat cermat,adakah kita juga boleh dikatakan kedekut? Jadilah seorang yang bijak dalam berbelanja dengan mengutamakan perbelanjaan yang penting seperti pendidikan. Bagi MrsREAD perbelanjaan untuk pendidikan antara keutamaan dan penting berbanding mengantikan sebuah mesin basuh yang masih boleh dipakai atau berbelanja dengan cara berhutang.

Dalam Islam, firman Allah SWT (Surah al-Israak:27) "Sesungguhnya para pembazir itu adalah saudara-saudara syaitan, dan syaitan itu ingkar kepada Tuhannya".
Firman Allah SWT ( Surah al-Furqan:67) "Dan orang-orang yang beriman apabila membelanjakan hartanya, mereka tidak berlebih-lebih & tidak pula kedekut sebaliknya perbelanjaan mereka adalah di tengah-tengah antara keduanya"

Let's experience this amalan berjimat cermat, MrsREAD sebolehnya akan berusaha. Insya Allah.Love all muslim over the world!