Jumaat, 20 September 2013

Belanja dengan sederhana tetapi tidak dilabel kedekut

Berbelanja dengan sederhana? Nampak mudah atau sebenarnya sangat susah? Hmmmm…..
Berbelanja sederhana atau pendekatan yang lebih dekat adalah berjimat cermat.
Adakah pendekatan berjimat cermat hanya bagi yang kurang berkemampuan dari segi jumlah pendapatan individu atau seisi keluarga (yakni suami + isteri)? Atau dengan lebih dekat adakah amalan berjimat cermat hanya terpakai pada yang miskin?
Adakah apabila sudah mengalami masalah kesempitan baru kita hendak belajar cara hendak berjimat cermat? MrsREAD percaya amalan berjimat cermat jika dilakukan dengan berterusan (konsisten) insya Allah membuahkan hasil yang bermanfaat pada si penjimat. Walaupun perbelanjaan seisi keluarga sebenarnya bukan sedikit; ansuran kereta, rumah, bayaran pengasuh, susu anak-anak, makanan & ini tidak termasuk lagi perbelanjaan lain seperti minyak kereta, tol dan sebagainya yang sudah menjadi perbelanjaan tetap bagi kebanyakan individu/seisi keluarga.

MrsREAD merasakan berjimat cermat mungkin memerlukan kita membuat perbandingan antara 'perlu' dengan 'hendak'. Apabila kita dapat mengenal antara 'perlu' dan 'hendak' secara automatik ciri-ciri berjimat cermat dapat kita amalkan.Percaya tak? MrsREAD pun masih dalam proses mengenal antara 'perlu' dan 'hendak'.

Namun apabila kita berjaya menjadi seorang yang berjimat cermat,adakah kita juga boleh dikatakan kedekut? Jadilah seorang yang bijak dalam berbelanja dengan mengutamakan perbelanjaan yang penting seperti pendidikan. Bagi MrsREAD perbelanjaan untuk pendidikan antara keutamaan dan penting berbanding mengantikan sebuah mesin basuh yang masih boleh dipakai atau berbelanja dengan cara berhutang.

Dalam Islam, firman Allah SWT (Surah al-Israak:27) "Sesungguhnya para pembazir itu adalah saudara-saudara syaitan, dan syaitan itu ingkar kepada Tuhannya".
Firman Allah SWT ( Surah al-Furqan:67) "Dan orang-orang yang beriman apabila membelanjakan hartanya, mereka tidak berlebih-lebih & tidak pula kedekut sebaliknya perbelanjaan mereka adalah di tengah-tengah antara keduanya"

Let's experience this amalan berjimat cermat, MrsREAD sebolehnya akan berusaha. Insya Allah.Love all muslim over the world!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan