Jumaat, 20 September 2013

‘TEGAR’ YANG DULU NYA HANYA PENYANYI JALANAN

Mungkin tak semua kita di Malaysia kenal dengan penyanyi cilik Indonesia iaitu Tegar, lagu nya yang diangkat melalui saluran YouTube sekaligus membolehkan Tegar yang dulunya hanya pengemis jalan kini merupakan penyanyi terkenal.

Pengalaman MrsREAD sewaktu mula-mula lagu Tegar dimainkan di radio-radio Malaysia, first of all lirik lagu Tegar memang mengambarkan kepayahan & kesusahan. Terbit rasa bersyukur kepada Allah kerana dilahirkan dalam keluarga yang masih dapat memberi makan & minum walaupun MrsREAD akui tidak juga terlalu mewah.

Apa yang menarik mengenai Tegar, Alhamdulillah Tegar adalah Islam. Antara lirik lagunya:

Cita citaku menjadi orang kaya 
Dulu ku susah sekarang Alhamdulillah 
Bersyukurlah pada Yang Maha Kuasa 
Memberi jalan untuk ku semuanya.

Melalui lirik lagu ini, diharap Tegar akan sentiasa bersyukur dengan apa yang diperoleh & dirasai nya kini. Insya Allah. Sesungguhnya rezeki itu letaknya dalam kekuasaan Allah SWT.

Firman Allah (Surah Saba’: 24) Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah”, dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata. 

Firman Allah (Surah Al-Ankabut: 60) Dan berapa banyak binatang yang tidak (dapat) membawa (mengurus) rezekinya sendiri. Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu dan Dia Maha mendengar lagi Maha mengetahui. 

Sekiranya kita masih belum menemui rezeki yang diinginkan jangan pula kita sesekali menyalahkan takdir, di antara nya ada hikmah yang kita sendiri tidak ketahui. Bersyukur dengan apa yang adalah yang sebaiknya.

Here I’m sending my LOVE to all Muslim over the world.

Belanja dengan sederhana tetapi tidak dilabel kedekut

Berbelanja dengan sederhana? Nampak mudah atau sebenarnya sangat susah? Hmmmm…..
Berbelanja sederhana atau pendekatan yang lebih dekat adalah berjimat cermat.
Adakah pendekatan berjimat cermat hanya bagi yang kurang berkemampuan dari segi jumlah pendapatan individu atau seisi keluarga (yakni suami + isteri)? Atau dengan lebih dekat adakah amalan berjimat cermat hanya terpakai pada yang miskin?
Adakah apabila sudah mengalami masalah kesempitan baru kita hendak belajar cara hendak berjimat cermat? MrsREAD percaya amalan berjimat cermat jika dilakukan dengan berterusan (konsisten) insya Allah membuahkan hasil yang bermanfaat pada si penjimat. Walaupun perbelanjaan seisi keluarga sebenarnya bukan sedikit; ansuran kereta, rumah, bayaran pengasuh, susu anak-anak, makanan & ini tidak termasuk lagi perbelanjaan lain seperti minyak kereta, tol dan sebagainya yang sudah menjadi perbelanjaan tetap bagi kebanyakan individu/seisi keluarga.

MrsREAD merasakan berjimat cermat mungkin memerlukan kita membuat perbandingan antara 'perlu' dengan 'hendak'. Apabila kita dapat mengenal antara 'perlu' dan 'hendak' secara automatik ciri-ciri berjimat cermat dapat kita amalkan.Percaya tak? MrsREAD pun masih dalam proses mengenal antara 'perlu' dan 'hendak'.

Namun apabila kita berjaya menjadi seorang yang berjimat cermat,adakah kita juga boleh dikatakan kedekut? Jadilah seorang yang bijak dalam berbelanja dengan mengutamakan perbelanjaan yang penting seperti pendidikan. Bagi MrsREAD perbelanjaan untuk pendidikan antara keutamaan dan penting berbanding mengantikan sebuah mesin basuh yang masih boleh dipakai atau berbelanja dengan cara berhutang.

Dalam Islam, firman Allah SWT (Surah al-Israak:27) "Sesungguhnya para pembazir itu adalah saudara-saudara syaitan, dan syaitan itu ingkar kepada Tuhannya".
Firman Allah SWT ( Surah al-Furqan:67) "Dan orang-orang yang beriman apabila membelanjakan hartanya, mereka tidak berlebih-lebih & tidak pula kedekut sebaliknya perbelanjaan mereka adalah di tengah-tengah antara keduanya"

Let's experience this amalan berjimat cermat, MrsREAD sebolehnya akan berusaha. Insya Allah.Love all muslim over the world!