Ahad, 19 Januari 2014

Puding Roti Bakar with Love

Dah lama MrsREAD teringin nak buat puding roti ni, memandangkan sekarang dalam mood rajin so MrsREAD pun ready bahan-bahan. Petang balik dari kerja, MrsREAD terus singgah ke Giant. Memudahkan kerja MrsREAD dah siap list bahan-bahan yang nak beli so nanti xde lagi bahan tertinggal.Nanti jadi 2 kali kerja.

Senarai bahan yang dibeli:
Kismis
Serbuk kayu manis (cinnamon)
Roti Gardenia
Marjerin / Planta
Bekas Aluminium
Telur 2biji
Fresh milk dutch lady
All costs tak lebih dari rm50. Gula tak beli sebab memang dah dekat rumah. Selamat mencuba! Inilah hasil 45minit.


Sebenarnya penyediaan puding roti sangat mudah. 1. Koyak-koyak kan roti menjadi kepingan yang lebih kecil (potong 4 bahagian) 2.Rendam dalam susu dutch lady (sehingga susu menyerap ke dalam roti) 3.Pindahkan roti berendam susu tadi ke dalam bekas aluminium dan susun kan roti menjadi lapisan 4.Di dalam yang bekas lain, satukan 2biji telur, 4sudu gula, esen vanila, 1sudu teh serbuk cinnamon sehingga sebati. Kemudian dituang ke dalam bekas aluminium tadi 8.Sediakan kuali dan cairkan mentega bersama kismis.9.Tuangkan mentega cair + kismis ke atas lapisan roti yg telah disusun. 
*Jangan lupa sapu mentega disekeliling bekas aluminium sebelum roti diisi ke dalam bekas aluminium.


Bakar pada suhu 180c, 45minit (mengikut ketebalan puding roti). MrsREAD buat 2 bekas 1 bagi dekat mak.Untung sebab mak MrsREAD duduk dekat tak sampai 20minit dah sampai rumah mak. 

Sampai disini dulu hope entry yang MrsREAD membantu pada yang teringin nak buat puding roti. Enjoy it with love confirm sedap.


Jumaat, 17 Januari 2014

NASI LEMAK & SAMBAL SOTONG of course sedap di hari cuti THAIPUSAM

Pagi-pagi En. Hubby dah tanye bahan-bahan untuk MrsREAD masak Nasi Lemak sebab En.Hubby nak bergegas ke pasar pagi untuk beli bahan-bahan yang diperlukan untuk Nasi Lemak. Dari semalam dah request esok buat Nasi Lemak with the sambal sotong. He really loves sotong. 

So without membuang masa MrsREAD dan En.Hubby sibuk listing bahan-bahan:
Untuk NASI LEMAK:
Beras (Ikut sukatan yang nak dimasak; rumah MrsREAD dalam 2cup cukup)
Halia
Daun Pandan
Santan (For those yang pakai santan kotak mungkin boleh try KARA sebab sometimes MrsRead pakai juga, NO CHOLESTEROL ok)

Untuk Pelangkap Nasi Lemak:
Like usual mesti ada
Kacang
Ikan Bilis
Timun
Kangkung (direbus as an option, untuk yang nak cuba kelainan)

Untuk Sambal Sotong:Please ready sotong, bawang besar, bawang merah, bawang putih, serai, halia, cili kisar (MrsREAD pakai cili kisar Puteri), asam keping, serbuk kunyit, garam & gula secukup rasa. How to handle sotong sebab sotong ni bila dimasak agak berair so sedikit sebanyak akan mempengaruhi rasa sambal sotong.

Ok here MrsREAD will share the tips, sotong yang telah dipotong cincin tadi digaul dengan sedikit garam & serbuk kunyit. Then masuk dlm kuali & digoreng sekejap dengan sedikit minyak. Agak-agak air yang keluar dari sotong tadi dah kering so keluar & ketepikan.

Next we start the sambal, seperti biasa untuk permulaan masakan adalah tumis. Tumiskan bawang besar + bawang merah + bawang putih + halia + serai yang telah dikisar.Bila dah naik bau continue masuk cili kisar. Masak cili kisar tadi sehingga terbit minyak. Masuk asam keping & sesuaikan rasa dengan 2sudu gula. Then garam. Last sekali our hero, masuk sotong yang dah dimasak sekejap tadi. Another tips, jangan masak sotong terlalu lama nanti liat.

Sekian, enjoy the recipe. Bismillah~





No Cholesterol KARA